Khamis, 8 Januari 2015

Syarat-syarat memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Post ni khas buat adik-adik yang tengah belajar dan nak mohon PTD. Sebenarnya tak banyak syarat-syarat utama nak mohon PTD pun, yang penting pastikan korang ada:

1. Ijazah / Sarjana / PHD sebarang bidang pengkhususan dari universiti tempatan ataupun luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Pastikan juga CGPA korang lebih daripada 3.0 ye. Kalau dulu cgpa bawah 3.0 masih lagi diterima jadi PTD, tapi nampaknya mulai tahun 2014, syarat SPA dah makin ketat. Mungkin sebab ramai sangat yang mohon. Jadi kalau cgpa korang bawah 3.0, apa kata sambung belajar master pulak dan dapatkan cgpa 3.0 ke atas. Kalau ada rezeki, insyaAllah korang dapat.

2. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - kadang-kadang korang ada ijazah tapi bila check kat web SPA, tak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, jadi mungkin ini sebabnya. Gred kepujian tu maksudnya bermula dari Gred C sehingga lah cemerlang tinggi A+. Jadi adik-adik, jangan main-main dengan cikgu Bahasa Melayu korang time SPM ok!

3. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD. Kalau korang dah mohon dan melepasi dua syarat di atas, biasanya SPA akan maklumkan untuk peperiksaan PTD. Kalau tahun-tahun lepas, exam dijalankan macam ambik SPM tu, dalam dewan siap ada pengawas peperiksaan. Tapi mulai tahun 2014, exam dijalankan secara online, maknanya korang boleh amik exam kat mana-mana jela yang ada internet yang laju dan efisyen. Walaupun exam online ni nampak cam senang nak google cari jawapan, tapi sebenarnya tak sempat pun. Setakat 3-4 soalan boleh la sebab masa yang diberi pun amat singkat. Akak tak sempat pergi toilet pun masa exam online tu hehehe.

Tu je syarat-syarat utama kalau nak apply PTD. Selain dari syarat-syarat utama ni, korang kena mula asah kemahiran seperti penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mengasah kepimpinan. Banyakkan membaca mengenai isu semasa. Ada rakan sekolah akak yang lepas graduate je terus dapat jadi PTD. Alhamdulillah rezeki dia, lagipun dia memang pelajar yang bijak pun.


39 ulasan:

  1. akak kalau nak jadi ptd tak kesah ke kalau ambik course Apa Apa pun? sebenanya nak kena ambik course Apa eah? saya confius😢

    BalasPadam
  2. tak kisah apa2 course pun.. semua boleh apply ptd. tp kalau ain baru nk enroll university, cari la course yg dpt menyumbang sesuatu pada negara..

    BalasPadam
  3. Assalam akak..bila biasanya spa akan keluarkan tawaran ptd ?

    BalasPadam
  4. tak tentu, biasanya hujung tahun.. masa 2013 interview bulan 8 rasanya, tp last year hujung bulan 12 baru start interview.. daftar je spa8 cepat2, lepas tu kena selalu check website spa ye

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Akak, kalau saya ambik pat cat-acca jadi accountant, lepas dah dapat sijil acca tu boleh apply lah kan? Tp saya confius, sbb acca tu sijil profesional, bukan degree. Tapi still boleh apply nak jd ptd kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kurang pastu pasal ni, cuba ainun tanya dkt tuan punya blog ni http://makwepakwekintan.blogspot.com/2011/10/belajar-acca.html. Dia pun amik acca juga, keje gov. Dia ckp acca mmg setaraf degree kt sini, jad spatutnya takde prob nak apply.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Kalau ambik course tesl, boleh apply ptd jugak ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je, tp bila interview nanti pastikan tau mcm mana nak kaitkan bidang test ngan bidang ptd ni.

      Padam
  9. Akak, kalau saya ambik pat cat-acca jadi accountant, lepas dah dapat sijil acca tu boleh apply lah kan? Tp saya confius, sbb acca tu sijil profesional, bukan degree. Tapi still boleh apply nak jd ptd kan?

    BalasPadam
  10. Kak saya merupakan pelajar sekolah sains. Saya memang mempunyai cita-cita mahu menjadi PTD. Namun, saya keliru akan pilihan saya sama ada ingin menjadi doktor atau PTD. Minat saya terhadap dua kerjaya tersebut adalah sama. Boleh tak akak bagi sedikit nasihat? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Sandeul.
      Akak bukanlah pandai untuk beri nasihat, cuma boleh beri sedikit panduan je berdasarkan pengalaman kawan-kawan akak. Kalau nak dibandingkan prospek kerjaya, dua-dua memang bagus. Cuma gaji permulaan PTD dengan doktor tu banyak bezanya. kalau adik memang ambil perubatan, selepas grad memang ada kerja sebab bidang perubatan ni bidang kritikal. Semasa tahun akhir lagi memang dah dpt interview untuk jadi doktor. Tapi PTD pulak, pengambilan cuma setahun sekali atau dua kali sahaja, dan peluang nak jadi PTD memang agak tipis kerana ramai sangat yang apply, hanya yang betul2 berkebolehan je yang akan lepas interview. lagipun kekosongan pun bukanlah banyak. Lagi satu, kerjaya doktor ni memang sangat sibuk dan long hours. Jadi nasihat akak, fikir betul-betul yang mana satu adik minat dan juga sanggup melakukannya.

      Padam
  11. Salam akak, saya nak tanya. Actually, apa sebenarnya kelebihan jawatan PTD ni berbanding dengan jawatan PT yang lain. Agar kabur sikit di situ. Mungkin dari segi penjawatan ke, gaji ke, prospek kerja ke atau lain-lain? Mohon pencerahan. Thank you =)

    BalasPadam
  12. Salam kak..status kat spa sekarang masih dalam penjadualan.macam mana kite nak tau bile tarikh die kuar ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Update!

      PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
      Tarikh Peperiksaan : 19 Januari 2016 (Selasa)
      Masa : 08:00 MLM - 09:40 MLM
      Sila layari laman web :
      http://e-semakan.spa.gov.my

      Padam
  13. samalah kita hawaniz, status masih dlm penjadualan exam. kena check website spa hari2 la lpas ni

    BalasPadam
  14. Saya dpt tawaran utk mngambil ujian ptd 19 jan ni.. Tpi mcm berdebar laa pla dgn persaingan yg ramai n mcm xde rezki je nk join ptd..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe jangan risau, usaha je, kalau ada rezeki awak tak ke mana..

      Padam
  15. terima kasih di atas perkongsian.

    Sha dapat exam PTD. Akan lalukan yang terbaik nanti.

    BalasPadam
  16. salam sejahtera kak..
    untuk dapat ptd nanti, saya nak ambil course pentadbiran perniagaan atau bidang pendidikan untuk sambung degree..boleh tak?

    BalasPadam
  17. asalam SIS..klu umur dh 45 tahun masih layak lagi ke tuk apply PTD

    BalasPadam
  18. Nak tanya ptd nie boleh mohon bnyk kali ke ? Means kalau first time mohon tak dapat, boleh mohon lagi ke ? Thank u

    BalasPadam
  19. boleh, tp kna tgu tahun berikutnya

    BalasPadam
  20. Assalam sy calon tua bwh 50 tahun baru nk cuba apply PTD ni.layak ka

    BalasPadam
  21. Assalam sy calon tua bwh 50 tahun baru nk cuba apply PTD ni.layak ka

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum......Saya pelajar maktab perguruan ....bidang TESL akan tamat kursus hujung tahun ni...adakah saya layak memohon PTD. Mohon pencerahan.....

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum......Saya pelajar maktab perguruan ....bidang TESL akan tamat kursus hujung tahun ni...adakah saya layak memohon PTD. Mohon pencerahan.....

    BalasPadam
  24. assalamualaikum akak, kasi tips boleh nak pass exam PTD

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. saya nak tanya pasal apply PTD. boleh x nak email awak? tq

    BalasPadam
  27. Umo sy 39 thn & cgpa sy 2.89, layak ke dpt ptd ni?

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum..syarat kelayakan ptd sekarang berumur berapa? If 37 dan cgpa 2.9 masih diblhkan mohon ptd

    BalasPadam
  29. Sy sekarang supervisor speedmart merangkap student degree pengurusan awam, harap ade rezeki dpt join ladet (ptd) umur da 28 ni

    BalasPadam