Jumaat, 30 Ogos 2013

Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

tiba-tiba hari ni rajin nak update blog. mungkin sebab dah lepas temuduga PTD, so dah rilek sikit. Jadi hari ni nak cerita pasal pengalaman temuduga PTD baru-baru ni.

Perkenalkan diri.
(Panel tanya dalam BM jadi aku jawab pun dalam BM juga lah. Masa ni tak banyak idea nak cakap, cuma cerita pasal dulu belajar mana, ambil bidang apa, sekarang kerja apa, tugas-tugas tambahan di tempat kerja, berasal dari mana, adik beradik berapa)

Penglibatan kokurikulum masa sekolah dan universiti. 
(Dengar citer yang ni pun ada markah tau. Siapa yang tak aktif masa sekolah/universiti memang payah la nak goreng kan, kalo yang aktif sangat tu, cukup la setakat cerita pencapaian tertinggi je, peringkat negeri ke, daerah ke)

Kenapa nak jadi PTD?
Panel tanya soalan ni dalam Bahasa Inggeris. Tergagap juga la hamba menjawabnya sebab prepare jawapan dalam BM.  Oleh kerana jawapan digoreng bila keluar je dari bilik interview terus tak ingat dah aku jawab apa. Sori yer :)

Bidang tugas PTD
Soalan ni pun dalam Bahasa Inggeris. Rujuk nota bidang tugas PTD kat sini. Dalam hati terpikir kenapa la aku tak hafal dalam BI, Slow-slow je aku senaraikan bidang tugas tu  sebab otak tengah ligat translate perkataan.

Government Transformation Programme (GTP)
Soalan ni memang rasa cam nak nanges, sebab aku dah baca pasal GTP, NKRA dan MKRA,  tapi time interview tu cuma boleh jawab secara am je pasal GTP, apa contoh program GTP terus lupa. Aduhaii.. Padahal senang je soalan tu sebenarnya.

Tema Hari Merdeka ke 56
Ni paling rasa nak nanges, lagi beberapa hari nak merdeka tapi tak teringat langsung pasal tema merdeka tahun ni. Puncanya sebab tak bayar Astro jadi tak dapat tengok TV, jadi tak tau pun ape tema merdeka tahun ni (alasan dalam hati). Panel tu gelak je bila aku cakap aku tak ingat langsung tema merdeka tahun ni. Last2 dia yang bagitau apa tema merdeka tahun ni dan mintak aku terangkan apa yang aku faham pasal tema tersebut. Haa time ni memang goreng baik punya! Mengangguk-angguk je panel tu tanda setuju.

Situasi
Soalan situasi ni kira senang la, sebab berdasarkan logik akal je. Soalan pun kelakar, panel tanya katakanlah awak dah plan nak pergi honeymoon, memang dh ada kat airport, tiba-tiba bos panggil datang kerja yang penting sangat-sangat la. Apa yang awak nak buat?
(korang pikir la sendiri jawapannya ye, sape nak tahu skema jawapan dari panel sendiri sila komen kat bawah :)

Sesi menanya soalan
Masa ni panel bagi peluang kita pulak tanya soalan kat dia pasal PTD. Masa ni jangan cakap tak ada soalan, nanti nampak macam korang tak ada rasa ingin tahu pun pasal PTD ni. Kalau yang berkait isu-isu semasa pasal PTD lagi bagus. Plan soalan awal-awal, takpe tanya je, sebab bukan korang yang kena jawab soalan, hehe. Tapi time ni kena hati-hati gak lagi-lagi kalau isu sensitif.

Dah habis!

Nampak sikit je soalan kan, yela setengah jam je. Akak yang interview sebelum aku tu kata datuk dah muka penat, dia tak larat tanya banyak soalan. Dalam hati rasa lega sikit, cuma harap jangan datuk penat nak bagi markah kat saya ye! tiga orang yang sebelum aku pulak cakap teruk dia kena provoke, setiap kali jawab je kena pertikai. nasib baik la kami yang last-last ni tak kena macam tu. tips kat sini, pastikan korang tahu dan faham apa yang korang goreng.

Berdasarkan pemerhatian aku la kan, ada ramai juga yang datang temuduga tak mengambil berat soal penampilan. Bukan la nak kata aku pro sangat pasal hal ni, (lulus temuduga pun belum tentu lagi) tapi itu kan perkara asas nak temuduga kerajaan, lagi-lagi PTD. Masih ada yang pakai sandal raya, pakai blazer dengan seluar (perempuan). Rujuk Etika pakaian temuduga SPA. Seeloknya pakai court shoes dan blazer dengan kain.

Tudung pun tak payah bersilang-silang sangat la, pakai tudung bawal je pun ok. Mekap sket tapi jangan berlebihan. Bawa handbag yang nampak professional.
contoh:

tapi jangan bawak handbag macam kat bawah ni



Tips seterusnya: pastikan korang fotostat semua dokumen yang diperlukan, tak cukup memang tak interview la korang. susun sijil-sijil tu mula dari IC, surat beranak, pencapaian akademik bermula dari yang rendah kepada yang tinggi. contoh: SPM-STPM-Diploma-Ijazah-Master. Sijil kegiatan luar tak payah fotostat, dia nak tengok yang asal je.

Itu je perkongsian pengalaman dan tips dari aku. Harap-harap berguna untuk korang. Ada orang cakap temuduga ni nak tengok kemahiran komunikasi kita je, kemahiran berhujah, kemahiran Bahasa Inggeris, jadi sama-sama lah kita pertingkatkan skill kita ye. Kalo ada rezeki InsyaAllah dapat, kalo tak ada rezeki kena la cuba lagi tahun depan nampaknya. Doakan aku berjaya ye.

Nak tahu pengalaman temuduga saya yang ke 2014? Klik sini








22 ulasan:

  1. salam admin thanks kongsi pengalaman...apa jwpn admin utk soalan situasi tu ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan dari panel ialah penyerahan tugas kepada rakan sekerja lain. saya elaborate sket jawapan, cakap yang saya akan berbincang dengan pihak atasan terlebih dahulu untuk menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain dan akan memastikan pengganti tersebut memahami tugas yang ditinggalkan. Namun jika tugas tersebut hanya boleh dilakukan oleh saya sendiri, saya akan melakukannya walau terpaksa menangguhkan percutian saya. Sebagai PTD, saya memahami kerjaya ini memerlukan pengorbanan dan bersedia menghadapi kerja-kerja yang diluar jangkaan. gitulah jawapan yang saya bagi, mungkin tak tepat sepenuhnya dan berbunyi agak poyo dan skema, hehehe

      Padam
    2. owh mcm tu jawapannya terima kasih ek share jawapan.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum, hi..:), thanks utk perkongsian pengalaman, saya akan pergi interview 1 oktober ni..nak tanya, adakah semua soalan ditanya dalam BI?

    Thanks..:)

    BalasPadam
  4. wsalam iki.. kebiasaannya saya baca dari pengalaman temuduga org lain dan saya sendiri, rasanya soalan lebih banyak ditanya dalam bahasa melayu. cuma sesetengah soalan shj yg jwb dlm bahasa inggeris. cuma tak tau la soalan mana, kena bersedia jela, lgpun terpulang pada panel tersebut.semoga berjaya ye.

    BalasPadam
  5. Owh, Thanks..:)..Semoga berjaya untuk anda juga, insya'Allah..amin..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kalo dah pergi share la pengalaman kt sini ye :)

      Padam
  6. Soalan2 utk sy:-
    1.bajet:- jmlh bjt 2014, bjt defisit, pblnjaan bhemah, sumber kwangn utk bjt(duit dr mna?), jns2 cukai, konsep pinjaman, bank dunia, tabung IMF, KNP bjt dfisit? KNP, APA, DLL..
    Kira/buat bjt (dtg intvw,mkn,blk umah dll)
    2.transfomsi-apa?, (contoh)transfomasi dlm pemilihn Ptd(ni panel yg terang byk).
    3. Kemiskinan- thp/garis kmiskinan mlysia brapa? Projek krjaan? Cara nk hpskn kmiskinan? Yg ni kna pikir pikir pikir & pikir.. sy jwb pekerjaan(Kna pikir disebalik tu) jwb kilang, buka kwsn industrial bru, tarik investment ( kna pikir lg) jwpn yg lps2 tu pengangkutan, prasarana Dan brkaitan..tips: pikir dr akar umbi mslh
    4. Nama Kementerian, menteri, agensi jbtn bwh kmenterian
    -Bm to bi, bi to bm apa2..ksu, kmenterian, agency dll
    -pngtahuan umum apa2 sj.. no ic, bmi bdn
    tips: yg x expect tu yg akan panel tnya. CTH bjt , panel x tnya psl isi2 bjt pon

    Serba cket pengalamn..
    slmt bjaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudari sijil master ke...mcm susah je soalan tu...hehehe

      Padam
    2. Sjna muda je...
      yg xtau, sy jwb x tau.. psl bjt defisit totally xtau...
      jumlah bjt jwb tp salah, then panel gtau yg betul.. hehehee
      Intvw d png.. k good luck :-)

      Padam
  7. susah juga soalan utk nadiah tu ye.. interview kat mana ni?

    BalasPadam
  8. sis, thanks kerana berkongsi tips dan pengalaman. semoga segalanya Allah permudahkan utk sis. terima kasih sangat2... =)

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Thx for good info.
    Sharing is caring.
    Anyone knows result da keluar ke?

    BalasPadam
  11. Fana pun sebenarnya ada cita2 nak jadi PTD tapi bila tengok soalan2 ni rasa macam "oh, hancur punah harapanku". Hahaha

    BalasPadam
  12. yang dah lepas interview tu tahniah...untuk PTD edisi 2014 ni akan ada sedikit perubahan peperiksaan akan dijalankan secara online..boleh rujuk entri ni Rujukan Peperiksaan Online PTD 2014 Semoga bermanfaat..

    BalasPadam
  13. Exam PTD 2014 secara online dijangka akan diadakan pada awal November ini.

    BalasPadam
  14. wahh... soalan nya taklah susah mana kan... tapi tak taulah pulak dapat ker tak sebab semuanya tergantung pada rezeki kita... bagi saya soalan yang ditanya tu 99% dalam matapelajaran penajian AM di peringkat STPM. jadi, mana2 yang lepasan STPM yang dah graduate tu elok sangat lah memohon... then hafal balik buku teks STPM tu ha... e... exited rasanya nak jadi PTD. harap dapatlah tamat STPM taun ni dan berpeluang belajar dalam ijazah berkaitan.... nak jadi PTD kena sanggup berkorban masa dan tenaga yang banyak kan... huhuhu.

    BalasPadam
  15. walaupun sebenarnya soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomaatik ni takde lah susah mana, tapi ada juga fresh graduate yang gagal dalam exam PTD pertama mereka.

    Sebab apa? mungkin terlalu over confident dapat menjawab semua soalan tanpa peru buat persediaan macam nak exam zaman universiti dulu. Rasa rugi sangat kalau mereka gagal sebab sidah dapat peluang untuk menduduki exam PTD ni.

    BalasPadam
  16. kalau bg pandangan sy, soalan-soalan dalam exam ptd ni sgt susah terutama utk yang tak bijak matematik mcm sy. walaupun sy pernah ambil exam dan Lulus TETAPI sy tetap rasakan exam ini susah. sampai sekarang x percaya boleh lulus. tapi yg sy ingat bila menjawab tu sy jawab dengan cepat dan 2 minggu sebelum exam sy dah baca macam-macam isu pengetahuan am sebab banyak soalan pengetahuan am. NAMUN sy tak pergi interview pon sebab tak yakin nak berspeaking hahahahah..

    BalasPadam
  17. soalan yg saya dpt waktu inteviuPTD 30/3 seperti berikut:
    1. Sekarang kerja apa?
    2. Dulu kerja apa? (banyak perbualan mengenai kehidupan selepas grad dan cabaran yang dihadapi)
    3. Sudah ada komitmen?
    4. Ada tanggungan?
    5. Apa yang dipelajari sewaktu PAC? Saya jawab semangat sepasukanan
    6. Dato' tanya bagaimana nak pupuk semangat ini dalam penjawat awam
    7. Dato' tanya apa lagi ciri-ciri yang PTD perlu ada?
    8. Kementerian mana yang menjadi pilihan? Saya pilih Kementerian Luar, di sini Dato' serah soalan kepada Tuan Jaya (semua soalan di dalam Bahasa Inggeris)
    9. Tuan Jaya berminat dengan sijil Bahasa asing saya, dia tanya bahasa apa yang saya tahu
    10. Tanya bangsa ibu dan ayah
    11. Apa yang saya tahu tentang isu-isu luar negara
    12. Saya bicara tentang Rohingya. Tuan Jaya tanya pendapat tentang Malaysia campur tangan dalam situasi di Myanmar
    13. Isu di US, apa impaknya kepada Malaysia
    14. Ciri-ciri yang saya ada untuk berkhidmat dalam hubungan luar antarabangsa

    BalasPadam