Ahad, 21 Disember 2014

National Blue Ocean Strategy 7 (NBOS 7) / Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Rasanya NBOS ni banyak kali ditanya, tak kira lah masa temuduga atau esei. Jadi apa kata kita study sikit pasal NBOS ni.

Sebelum tu kita kena tahu kenapa strategi ni diberi nama lautan biru? kenapa tak tasik hijau ke, atau sungai keruh ke kan?

Kalau nak cerita memang banyak, penat la nak taip panjang-panjang, apa kata korang layan video ni dulu, hehe.



Okay mungkin ada di antara korang yang tak boleh nak layan video, sebab data plan nak habis, asyik buffering je kan, jadi saya tolong taipkan kat sini secara ringkas.

Lautan: merujuk kepada perkhidmatan awam
Lautan biru: peluang baru untuk diterokai bagi menambah baik perkhidmatan awam untuk rakyat.

NBOS diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
"Kita berlayar dari lautan merah ke lautan biru" - maaf bebanyak, saya tak tahu apa maksudnya tu
dengan bekalan PRODUKTIVITI, KREATIVITI, INOVASI.
(sila rujuk temuduga terbaru saya di sini, di mana saya ditanya bagaimana nak jadi seorang PTD yang kreatif, produktif dan inovatif, nampak gayanya penjawat awam sangat suka tiga perkataan ni, nampak bombastic kan, jadi cuba fahami apa maksud 3 perkataan ni sebenarnya)

dilaksanakan antara kementerian dan agensi kerajaan merentasi kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan. (penting untuk korang faham apa beza ketiga-tiga bidang kuasa ini, soalan favourite panel)

Tiga prinsip proses saksama

  1. Penglibatan semua pihak iaitu menteri, penjawat awam dan rakyat
  2. Penerangan kepentingan program NBOS agar semua pihak faham
  3. Penjelasan tanggungjawab agar semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing

Program NBOS yang berjaya dilaksanakan ialah:
Kerjasama kreatif antara polis dan tentera untuk kurangkan kadar jenayah.
UTC untuk mengintegrasikan pelbagai agensi kerajaan dan perkhidmatan masyarakat di bawah satu bumbung.
RTC untuk tingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
IM4U untuk semarakkan semangat kesukarelaan di kalangan belia demi kemajuan negara.
Memperkasakan GTP dan ETP dengan tujuan mengoptimumkan penggunaan sumber agar proses dapat dijalankan bagi mencapai impak yang tinggi dengan kos yang rensah dan dilaksanakan dengan pantas.


UTC - Urban Transformation Centre
RTC - Rural Transformation Centre
GTP - Government Transformation Program
ETP - Economy Transformation Program

Layan satu lagi video kalau nak tahu detail dari NBOS 1 hinggan NBOS 8



10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam. Hi sis! Sy nak tanya tntg pemakaian. Masa jawab esei, kita kena bpakaian formal kan? Then ujian fizikal amek masa yg lama x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi amirah.. ye pakaian formal shj sebab ujian fizikal tu cuma BMI shj yg diambil. timbang berat dan ukur tinggi je.

      Padam
    2. oh yeke.. sis iv di SPA putrajaya ke? :-)

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian.... :)
    Boleh saya tahu nama pengersi lembaga temu duga?

    BalasPadam
  4. Thanks utk info ,, sangat berguna kpada sya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...terima kasih ats info yg sngt berguna berkaitan NBOS. Semoga dipermudahkan urusan tuan dunia akhirat :)

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera.
    Mengikut pembentangan bajet 2018, kerajaan mengagihkan sebanyak 300m disalurkan kepada NBOS bagi menjalankan aktiviti² dan program² yang di bawah NBOS. Jadi, boleh saya tahu 300m tu dibahagikan kepada apa ya? Dimana saya boleh rujuk pembahagian itu? Saya nak buat rujukan bagi subjek mata pelajaran Public Financial Administration.

    BalasPadam