Selasa, 16 Disember 2014

Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2014

Baru je balik dari temuduga ni, punya lah pantas terus update post ye! yelah kalau tunggu lama-lama nanti saya lupa la apa yang panel tanya..

Temuduga saya cuma 15 minit je, Calon sebelum saya pun sama jugak 15 minit. Kali ni semua soalan dalam BM.

1. Perkenalkan diri (dalam BM sbb panel tanya pun dalam BM)

2. Kenapa tak bersukan (saya bidang sukan, tapi sekarang ni badan dah overweight sikit, mungkin tu sebab dia tanya macam tu). Saya jawab sebab kekangan masa kerana saya bekerja, menyambung master dan mengurus keluarga pada masa yang sama. Tapi panel macam tak puas hati dengan jawapan saya tu, banyak kali dia tanya sampai saya terkedu nak jawab apa dah. Takkan nak ulang jawapan yang sama kan. Masa ni dah rasa down sikit tapi masih tabahkan hati lagi.

3. Bagaimana nak jadi seorang ptd yang inovatif, kreatif dan produktif. Saya beri jawapan tapi kurang pasti adakah itu yang panel mahukan. Jawapan sebenar ialah ptd kena banyak membaca, tambahkan ilmu pengetahuan, berintegriti.. senang citer ciri-ciri la..

4. Pernah dengar pasal pihak berkuasa tempatan tak? boleh bagi tiga contoh? Yang ni senang, Cth. Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

5. Bagaimana mahu mengatasi kerenah birokrasi. Tak berapa ingat dah saya jawab apa sebenarnya, panel angguk2 je, tak tau lah setuju ke tak hehe..

6. Panel tanya ada apa-apa soalan ke? masa ni saya terkejut, aikk 3 soalan je? kejapnya! Saya tanya la, Datuk, boleh saya tahu kriteria yang datuk cari bagi seorang calon PTD? (soalan macam putus harapan je kan, hehe).

Tapi saya sangat suka part ni, datuk tak la bagitahu secara spesifik apa ciri yang dia mahukan, tapi dia cuma cakap macam cari calon suami, kena cari the best! Dia cuma mengulas apa pandangan dia terhadap saya, cthnya dia cakap saya ni agak kurang yakin dengan jawapan saya sendiri. banyak kata-kata nasihat gak la. Saya angguk2 jela..

Itu je, ucap terima kasih, pastu balik!


p/s: tak tau lah boleh dapat ke tak kali ni, Temuduga kali ni agak mengecewakan sikit berbanding temuduga 2013. Oh ya, kalau nak tahu pengalaman temuduga saya pada tahun lepas, klik sini

 Kalau dapat maknanya memang rezeki saya la tu, kalau tak dapat nampaknya saya akan menjadi blogger yang berusaha memberi pelbagai maklumat pada korang yang nak temuduga nanti ye!


75 ulasan:

  1. as salam nak tanya...before interview ad tak diorang buat ujian bertulis bi n bm...then lg satu ad ujian fizikal ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik atika, mmg ada ujian bertulis bi n bm, dan check bmi shj. tak perlu pakaian sukan. saya dikecualikan daripada exam sbb sy dh lulus tahun lepas.

      Padam
  2. I will be attending the interview tomorrow. Thanks for this blog, this is such a great help.

    BalasPadam
    Balasan
    1. you're welcome nancyl, do your best ok, good luck!

      Padam
  3. Saya juga akan hadiri temuduga esok. Terima kasih atas tips yang diberikan. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. good luck hanina! nanti share la experience ye, :)

      Padam
  4. Ok sis..saya dah hadiri temuduga semalam. Soalan tak susah sangat.lebih kepada soalan pekerjaan sekarang.Alhamdulillah dapat jawab. Cuma tang soalan2 akhir, saya tergagap sikit. Haha..tak sangka panel akan soal.

    1. Apa itu Malaysia
    2. Kenapa awak sayangkan Malaysia
    3. What your dream for Malaysia

    Soalan senang tapi nak jawab, kene fikir dulu.hehe..

    Gudluck kepada calon PTD yang lain ye. ;)

    Jemputlah singgah ke blog saya juga ye.
    http://suplemenhalalbyhanina.blogspot.com

    ♡♡♡

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah jugak tu nak jawab kan hehehe..
      InsyaAllah ada masa saya blogwalking ke blog awak ye

      Padam
  5. Hi Alexa, Terima kasih sbb share2 pengalaman ni. Interview saya 31 Dec nanti (org nak cuti dh...)

    Jd xpayah pakai pakaian sukan kan? Just BMI je. thanks :)

    Good luck untuk semua! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup konfem, tak payah pakaian sukan, semoga awak berjaya ye! kalau dh interview meh la share kt sini, boleh jadi panduan utk org lain juga nnt :)

      Padam
  6. Assalamualaikum. Hi Alexa. Thanks a lot for the great blog. Saya pun nak share pengalaman boleh?.^ ^. Pendapat saya, soalan yg bakal ditanya mungkin berbeza mengikut penemuduga. Saya penjawat awam dalam bidang perhutanan. Teruk juga saya kena hentam..hehe.. :

    1. GST, SST, bila kuatkuasa, siapa yg kutip cukai, kastam, LHDN, kementerian mana.
    2. NBOS, delivery system, UTC, RTC, fungsi.
    3. Siapa perwakilan Malaysia di luar Negara. apa dia duta, pesuruh jaya tinggi. Penemuduga beri contoh Negara dan kita kena beritahu sama ada duta atau pesuruhjaya.
    4. ASEAN, tahun ditubuhkan, bil Negara ASEAN.
    5. RMK10, bajet, belanjawan defisit, peruntukan.
    6. Aktiviti lasak, berapa kerap masuk hutan
    7. Bidang perhutanan, royalti.
    8. SPA, JPA : pengesahan jawatan.
    9. Bilangan MENTERI, KKLW, nama mnteri, KKLW in English.
    10. Jenis kerajaan di Malaysia, contoh.

    Jawapan bagi soalan yang saya tak boleh jawab : maaf tuan, saya kurang pasti....>_<

    To all candidates, wish u all the best. Rezeki Allah tu luas. Cuma cepat dan lambat je. Just don’t give up! ^ ^

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalan awak byk pasal fakta ye.. kalau sy berpeluh juga nak jawab tu kn hehehe. anyway good luck and thanks for sharing!

      Padam
    2. OMG... sy pon penjawat awam & bakal temuduga Januari dpn. Ish rasa debar la sbb kali ke2 ditemuduga

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. thanks utk info.. saya inteviu esok. cuak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga berjaya suhaila.. nnt share la experience kt sini ye

      Padam
  9. Assalam.. nk tanya... selalunya panel terdiri daripada siapa ye? satu lagi... kiranya lari 2.4 km tu dah tak de ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. panel tu biasanya drp ahli suruhanjaya, boleh tgk kt website spa, sorg lg panel tu tak pasti, tp iv sy tahun lepas panel kedua tu dr jpa. jgn risau, dh takde lari 2.4km utk tahun ni.

      Padam
  10. Boleh tahu siapa Pengerusi panel temuduga awak? Saya dapat Datuk Abdul Abas Abdul Rahman.. temuduga bulan Januari nanti..

    BalasPadam
  11. hi Alexa... suke sgt blog ni.. sbb byk info2 yg berguna.
    saya pun akan intvw pada 30/12 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi kiut.. thanks.. slalu2 lah follow blog ni ye, sy akan cuba share seberapa byk info yg boleh.. oh ye, kalau dh interview nnt share la experience ok

      Padam
  12. Hi..blog ni mmg best..banyak info..pernah jugak IV dgn dato' Najri utk post ATC..die mmg sempoii..
    just nak confirm kan yg mmg x perlu pakai baju sukan ehh?just check bmi?
    tapi betol ke org ckp kalo bmi x lepas kite x kan proceed ke interview?

    BalasPadam
  13. aah Dato' Najri memang sempoi je.. tp kita pulak yang jd risau, takut tak terpilih je.. mmg tak payah pakai baju sukan, konfem. ish takde lah, interview ttp interview, cuma pemarkahan utk bmi tu sy tak pasti la cmne kn.

    BalasPadam
  14. Sy juga nk share pengalaman sy inteview td..mula2 bnyk ditnya mengenai kerja sekarang ni..yg ni mcm sembang2 je sbb panel tnya pun xformal sgt..tp bila tukar kpd panel kedua..dh start serius skit..apa yg tau pasal PTD?Sy pun huraikan tugas2 PTD..lepas tu ditnye mengenai dasar2 negara sekarang ni..tergagap2 jgk sbb xbrape sure nk mula dr mane..n last question pasal GTP..itu je..rsenye agak mengecewakan sbb xdpt nk yakinkn panel betul2..jwb pun xbrape nk confident..tp xpela juz take it as a good experience..kpd calon yg nk pergi interview nnt, wish u good luck n jgn gabra bila panel start provoke k..^_^

    BalasPadam
  15. assalam alexamyra...terima kasih atas posting ini. bnyk membantu, walau pun dah nak masuk kali ke-3 interview masih lagi berdebar dan tak boleh nak expect apa akan ditanya. hari ni sy telah ditemuduga di spa,putrajaya. panel Dato' Najri. Untuk sharing pengalaman, soalan ditanya adalah berkisar tentang latar belakang saya dan kerja sekarang (mungkin kerana saya sedang berkhidmat sbg pegawai kontrak). Panel tanya saya kenapa dulu-dulu tak lepas T__T mcmana nak jawab soalan panel ni hish. tapi saya memang tak ditanya lansung tentang dasar-dasar atau program kerajaan. tak sangka masa berlalu begitu pantas, 20 minit shj sesi saya. kumpulan kami hrni tiada pemeriksaan bmi atau esei. tak pasti kenapa. tu shj perkongsian saya. sy doakan semua calon temuduga berjaya :), walaupun panel maklumkan kekosongan sedikit shj. All the best untuk kamu juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. terima kasih kerana berkongsi pengalaman..setahu saya calon yang dah lulus exam tahun lepas tak perlu lg nk jwb esei n ukur bmi. Dari pengalaman rakan-rakan lain yang iv dgn dato' Najri, memang dia tak byk tanya psl fakta, lbh kepada pengalaman kerja skrg dan pendapat kita shj. Apa pun saya doakan agar awak berjaya dlm temuduga ni. :)

      Padam
  16. salam akak. boleh tak akak share apa syarat2 untuk apply PTD ni. saya masih study lagi, berminat dengan PTD ni. harap akak boleh share utk adik2 yang tak tau apa2. sebab saya search, blog akak yg keluar first. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam zaed. alhamdulillah bukan senang nak jadi blog paling atas dlm google search kan.
      akak nak share kt sini, tapi panjang pulak. apa kata tengok post terbaru akak pasal syarat nak apply ptd ni.

      http://nakjadiptd.blogspot.com/2015/01/syarat-syarat-memohon-jawatan-pegawai.html

      Padam
  17. Salam, saya dapat interview pada 13 Januari ni, berdebar pula... ni 1st time interview ytk government.

    Pengerusi bagi sesi interview saya ialah Puan Lim Mooi Eia, agak2 macam mana beliau ni yer? Anyone yg dpt Puan Lim?

    Soalan Esei BM dan Bi Senang tak..soalan apa ditanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam feckry,
      ni feedback yang sy dpt dr group PTD di facebook, harap dpt membantu awak.

      -Pn Lim byk tanya berdasarkan experience kita, how convince other to accept our ideas, UN/PBB, Penduduk malaysia ada berapa ramai, how many public servants.

      -Pn lim mooi eia dari masa kastam dia tanya berapa jumlah penduduk malaysia..

      -En Ikabal (panel yang sekali ngan Pn. Lim) tanya perkaitan isu pertindihan tuntutan pulau sipadan n linggitan di sabah dan pulau batu puteh di johor. Dan ESSCOM

      -prepare introduction in Eng..

      semoga awak berjaya dalam temuduga ye.

      Padam
    2. untuk esei pula, awak boleh rujuk saya ttg tajuk2 yang telah keluar masa ujian esei. tapi rasanya soalan yang sama takkan berulang.

      http://nakjadiptd.blogspot.com/2014/12/panduan-menulis-esei-dan-contoh-soalan.html

      Padam
  18. Salam AlexaMyra,

    Saya kena pergi interview minggu ni. Interview 13 atau 15 hrbln ni. Kali pertama interview kerja PTD ni. Pengerusi panel saya Tuan Haji Mohd Zainudin, beliau ni cmne orangnya? suka bertanya soalan fakta ke?

    Berdebar debar nk tgg ke hari interview. Mekasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, iv ngan tn. hj mohd zainudin ahmad rasidi ke? ni sy share pengalaman dari calon lain,

      - perkenal diri in english,
      - pengalaman keje, ap awak buat, ap awak blajar,
      - knp awak nk jd PTD, ap bidang tugas ptd
      - cuba relate degree awak dgn tugas ptd, ap awak blh buat
      - terangkan mngenai gst (objektif, klbhan gst berbanding sst)
      - gtp nkra (ap yg kerajaan buat utk stiap bidang utama nkra),
      - terangkan mngenai blue ocean strategy yg kerajaan buat utk memerangi kadar jenayah

      awak boleh join group 'bakal pegawai tadbir dan diplomatik M41 2014' di fb, mereka ada telegram untuk calon2 yg iv dgn panel tuan haji zainudin. Semoga berjaya dalam temuduga.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  19. Ya, tuan haji mohd zainudin ahmad rasidi. Saya dah join group "bakal pegawai tadbir dan diplomatik M41 2014". Pohon approve kan request saya boleh?

    Terima kasih AlexaMyra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy bukan admin group, takleh nk approve request. kalau masih tak approve lg, email saya jk.noraidura@gmail.com atau add sy di fb.

      Padam
  20. Assalamualaikum Myra..terima kasih di atas share info yg berguna buat bakal2 calon PTD. Saya bakal ditemuduga pd 15 Jan 2015 nti dan panel interview sy ialan Tuan Haji Sumali Amat. Ini pegalaman pertama sy dan tidak dapat menjangka apa contoh2 soalan. nasib baik blog Myra dapat memberikan sedikit bayangan utk interview yg bakal mendatang. saya ada beberapa soalan:

    1. interview dalam BM or BI? Sekiranya kita intro dlm BI boleh ke kita menjawab soalan2 yg diajukan kemudian dlm BM? Bolehkah sekiranya kita mix?
    2. Utk soalan esei BM & BI adakah more to fakta atau opinion?
    3.giliran kitadipanggil mengikut nama atau no giliran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya panel akan tanya dalam BM dan BI. Kalau panel tanya dalam BI, awak jwb BI, kalau tanya dalam BM jawab BM, elakkan bahasa rojak. Saya rasa bagi soalan esei lebih kpd isu semasa dan pendapat kita sendiri, awak boleh rujuk contoh2 esei yang pernah keluar dkt post ni

      http://nakjadiptd.blogspot.com/2014/12/panduan-menulis-esei-dan-contoh-soalan.html

      Giliran interview mengikut siapa yang datang dahulu. Kalau datang awal atau habis esei awal, biasanya dapat interview dulu. Biasanya selepas exam kerani akan bagi no giliran untuk interview.

      Padam
    2. Salam afira, ni contoh sharing drp calon2 lain yg dh pernah interview ptd:

      *
      1)Maksud nama. Seriously! -.-
      2) Self intro
      3) Tell me more abt ur family
      4) Current Jobscope
      5) Dah ada keje stable, knp nak tukar kerja.
      6) What motivates you in doing your work better.
      7) In Islamic point of view, who is your motivation?

      *pengalaman kwn saya iv kastam n imigresen dgn beliau.. Byk suh related keje ngn hadis or dalil2.. Ms iv imigresen kp27, kwn saya kene baca surah al as (demi masa) dgn maksud nya. N terangkan apa yg dimaksudkn n relatekn dgn keje..

      * .tn hj bg situasi kt sya cmana nk dptkn rm30k dlm masa kurang seminggu utk bntu mgsa bnjir....yg perempuan 2 tnya pasal.pasca bnjir....setuju x nk potong gji rm5 penjawat awm utk bntu mgsa bnjir & cmna nk tau @ pastikn smbangan kita sampi ke gol sasaran...

      * tn hj tnya psl sedekah cz nk relate dgn situasi yg diberi....

      * Hj sumali nih bnyak tnya pasal keagamaan ckit.. surah2 yg berkaitan ngan isu tertentu..mksd2 ayat..

      * bagi yang baru habis belajar----> bersedia untuk ditanya tentang subjek dan kaitkan dengan ptd.

      * hari tu kena iv kastam dgn tuan haji sumali..alhamdullah sangkut calon simpanan.. hari tu waktu iv kastam...dia tnya.. 1) perkenal diri 2) amalan2 sunat utk jati diri 3) solat paling panjang/lama 4) strategi lautan biru 5) SOP... nasihat dia, balik baca buku agama banyak2...

      * Tuan hj sumali bekas timbalan ketua pngarah pengurusan jakim..maka kebanyakan soalan ditnya lebih kpada agama..isu berkaitan yg kan dikatkan dengan surah tertentu...juga ditnya mksd surah yg dia bagi..kalau kita keje..dia kaitan isu2 agama..kira kebanyakan berkaitan agama..huhu nama pun bekas TKP JAKIM..huhuhh bertabahlah..

      banyak gak info ni.. semoga awak berjaya ye

      Padam
  21. salam AlexaMyra,

    iv saya pada 15januari ni dgn panel dato abdul abas abdul rahman. boleh tak share sikit pengalaman calon2 lepas yang iv dgn dato abdul abas ni?

    pada surat iv saya ada tulis waktu temuduga saya pukul 4.30ptg. belah pagi pula ada esei bm & bi.
    boleh kah saya balik rumah dahulu lepas exam esei dan datang kembali waktu petang?
    atau ada possibilities waktu temuduga saya tengahri atau sebelum pukul 4ptg? (mengikut pada apa yg Myra reply di atas ..."siapa yang datang dahulu. Kalau datang awal atau habis esei awal, biasanya dapat interview dulu.")

    thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam nana,
      kalau pagi esei, ptg baru temuduga, awk boleh je nk balik umah dulu, tp pastikan awk tanya kerani pendaftaran tu dulu, sebab tu cuma waktu anggaran je, kadang2 ada calon yg tak dpt hadir temuduga, atau waktu temuduga yg singkat, jd giliran menunggu tu tak lama. kalau masa sy iv kat ipoh ni sy tgk kerani tu akan call calon utk dtg lebih awal.

      Padam
    2. ada fren yang share, dia tanya pasal 8 bidang ptd, bezakan dgn pegawai lain. cth beza pegawai ict ngan ptd bhgn ict. kenapa nak jadi ptd/why u want to be a ptd, dasar kerajaan, pastu soalan personal tanya psl maklumat yg kita daftarkn dlm website spa, NBOS, dato tak banya tanya pasal fact, lebih kepada bidang ptd shj. semoga awak berjaya ye

      Padam
    3. Assalamualaikum..

      Saya baru sahaja selesai temuduga dengan Dato' Abdul Abas Abdul Rahman pada 14 Januari 2015.

      Sesi temuduga saya tidak stress, sebab Dato' memang tidak provoke.. cuma Dato' banyak bagi nasihat pada saya untuk fikir betul2 sebab Kadet PTD ni setahun dan perlu start all over again (saya dah berkhidmat di Kerajaan, nak masuk 6 tahun).

      Anyway,

      Temuduga saya mengambil masa dalam 45 minit, tiada pengenala diri sebaliknya Dato' yang bertanya nama, umur, sekolah mana, matrikulasi dan U mana.. kemudian Dato' suruh ceritakan pengalaman kerja..

      Soalan yang berkenaan facts yang saya ingat;
      1) Apa kaitan tempat kerja dengan JPA
      2) Kalau dapat nak duduk Kementerian mana
      3) Dasar-dasar kerajaan
      4) Terangkan ttg Dasar Automatif National dan Dasar Pendidikan (saya kantoi tak dapat jawab)
      5) NKRA dah tercapai ke?
      6) Berapa NKRA?
      7) Apa itu NBOS
      8) Terangkan apa yang berjaya bawah NBOS?
      9) Dah bersedia ke nak masuk PTD.. kalau kena kerja di Terengganu, okay ke?

      Harap dapat membantu!

      Padam
    4. Lupa nak cakap, thanks a lot AlexaMyra coz your blog really helps me during my interview especially on NBOS :)

      Padam
    5. thanks nadia for sharing! betul ke kadet ptd setahun? bukan 6 bulan ye? thanks jugak sebab sudi singgah kt blog sy ni :)

      Padam
    6. Yeepppp kadet PTD bermula tahun lepas dah jadi setahun. Kena ambil 2 diploma, satu di INTAN n satu lagi di UM.. Sebab tu Dato' suh saya fikir betul2 haha

      Padam
  22. Salam admin,

    Interview saya on 15 January, panel dato segarajah. ade sape2 penah interview dgn dia? Ni first time interveiw kerajaan, is it ok klu pakai kemeja, skirt and blazer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam CikCt, pasal etika berpakaian, boleh rujuk etika berpakaian temuduga spa di sini, http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga
      rasanya boleh asalkan jangan pakai seluar (bagi perempuan)

      perkongsian dari calon lain:

      * Apa tu gtp, brape bidang?
      Apa tu etp? Brape bidang?
      Kastam terlibat ngan etp x?
      Nape nk kje govt? Sbb ape?
      Apa mslh yg u hadapi dgn govt?
      8 teras ptd?
      Kementerian mne nk? Menteri sape? Asal mne?
      3 cabaran dlm kementerian. Bygkn awk sebagai menteri.nk htr laporan ke PM. Apa cabarannye.
      U dh jd simpanan kastam kn.. tgu je la dorg pgil nti latihan kt AKMAL.

      * Saya pernah... Sgt strict.. Be careful.. Klau xtau jawapan jgn memandai.. And klau dia tanya dlm bm jwb bm jer...

      * Soalan dia tanya based on apa kita jawab... Deeper n deeper... Dia tanya kementerian mana nak n why. Pasal dia tanya la current issue...

      * klu nk jd PTD bidang mn u nk pilih n knapa..xde prkenalkn diri..dia akn create soaln drpd bidng yg kta pilih tu...so kna fhm btul2 stiap bidang...then GTP, ETP..iv dlm bm...cuma panel sorg tu jelh fully english...xingt sapa nama dia...

      * soalan ditanya banyak pasal UN, gtp, gst, bidang ptd yang diminati, mutu perkhidmatan awam, bank negara, 8 skop tugas ptd, and relation kerja sekarang dengan tugas ptd..intrview sampai 50 minit..just get ready.

      * Perkenal dri in english..msa sy i.view utk p.akaun so byk tnya psl akaun la..n rasanya dia xda tnya luar dr bdang tugas kita..

      * Kena pandai jawab dan jawapan jgn mkn diri.. Mental game..

      * Kalo ada name tag pakai...if sudah kerja...sy kena tegus sbb x pakai name tag even wraring a blazzer oleh Dato Segarajah pagi td

      * Kalau kena Dato Segarajah.. WAJIB pakai blazer. Kalau x.. insya Allah akan kena tegur oleh dia nanti.

      * 1)kaitan bidang study dgn PTD
      2)pnglamn kje skrg
      3) xtry apply jwtn lain yg lbh ssuai dgn bidg kerr ??(bhgian yg dea tya smbil provok klu kita bg alasan nk kje PTD knapa) yg lain xingt daa..
      Duration dlm 15 - 20 mnt cmtu..

      * Nk share psl iv sy ari tu..xde introduction lansung..masuk2 datuk terus tnya soalan psl kerja sy skrg n knpa apply ptd..dia tnya psl bidang tugas ptd..psl gov dia tnya etp n gtp..isu kementerian n apa kaitan keje sy skrg ni dgn ptd..kiranya soalan psl gov tu 2 je..tpi kena tgk keadaan juga..just be prepared..provoke tu mmg byk..sy iv dlm 30 min..

      * Td saya kena tnya GTP,ETP,GST, kenapa mau jd ptd? Kalau dpt, mau pohon kementerian mana? Kalau jd ktua setiausaha, apa langkah yg diambil utk menambahbaik kementerian? Isu bkaitan kementerian yg anda pohon? Apa yg bole kamu sumbangkan kalu tpilih?

      * Dato tanya psl gtp etp nkra n pasal kementerian yg kita pilih... Tapi strict sikit la... No introduction at all...Tp kementerian yg dipilih tu kena tau semua benda...

      * semua dlm english. dpt dgn dato segarajah. kene bersabar byk ye dgn die dan kene make sure yang semua fakta adalah betul dan pasti. p/s: dato sega suka foreign affairs. if u know less better not mention that you are interested in that ministry or you are toast!

      * Sy dah iv ptd hari tu dgn dato' segarajah..alhamdulillah..biasalah soalan2 provok..tp xbanyak soal pasal isu..lebih kpd diri sendiri..samada sy lasak sbb sy xinvolve dgn sukan..

      * Dia juga suka fokus kpd strategic human resource. He also has the ability to evaluate a person just from the first few mins. So have an excellent first impression and pakailah baju yg bersesuaian utk interview. Overall a nice man but no holds barred type of questions.

      * Know your stuff well..bykkan baca isu2 semasa, ttg gst, gtp, etp, sejarah skim ptd etc.. nice guy. Mostly question dia dlm English.

      kalau kena provoke, control emosi, tabahkan hati ye, semoga awak berjaya!

      Padam
  23. Salam. nak share juga exp interview semalam di Jalan Cenderasari. Panel tak sure siapa sebab ada reschedule. Mostly in English. Setiap soalan akan ade byk anak2 soalan. Hehe

    1) intro
    2) family
    3) current job, do i enjoy my current job, then why nak apply ptd
    4) why there's a gap between my first job and second job (menganggur lama time tu)
    5) panel pick 1 job description and ask me to elaborate ( byk kena provoke time ni)
    6) panel pick 1 subject time degree and ask me to summarize. pastu suruh pick 1 kementerian and relate dgn subject tadi
    7) matlamat hidup
    8) opinion ttg internet scam
    9) opinion ttg wanita tempatan mudah terpedaya & bagaimana nak atasi mslh ini

    - setakat ni je ingat even baru smlm iv ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam meera,

      thanks sbb share experience meera, soalan byk ttg opinion ye, harap2 meera berjaya ye. :)

      Padam
    2. InsyaAllah. Banyak saingan yg lebih bagus :) u pun. Semoga berjaya.

      Padam
  24. Hi alexa
    Sy esok dgn tuan haji onn
    Berdebar itu pasti huhu
    Nak tau juga 8 teras ptd dlm english huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi A.S.O.I,

      takpe nanti dh habis interview konfem hilang berdebar hehe..
      boleh rujuk nota bidang sy di sini, dalam BM dan BI

      http://nakjadiptd.blogspot.com/2013/06/8-bidang-tugas-ptd.html

      Padam
    2. Hai...A. S. O. I
      blh x bg tips pasal tuan haji onn

      Padam
    3. Hai...A. S. O. I
      blh x bg tips pasal tuan haji onn

      Padam
    4. hai ct..
      A.S.O.I tak reply nmpknye..
      sy bg tips sket la, share dr frens yg lain..

      * Die sempoi je orgnye... tp byk tnye soalan kbkk
      * Dia tanya pasal background family pendidikan kerja. Bidang apa nk kerja klo jd PTD. Apa isu2 semasa yg anda tau di Malaysia skrg. Tanya pasal mental stress, integrity loyalty. Panel lg sorg tanya pasal Nkra. Gagasan 1 Malaysia
      * Dlm bm. Ms sy iv die byk tnye soalan situation based on 8 bdg ptd tu.
      * dia byk tanya soalan yg ganeral. tp unexpected. mcm saya dulu dia tanya brp warna ic yg ada d Malaysia. n dia jenis tanya soalan berdasarkan kepada jawapan kita. critical thinking sgt2 diperlukan.

      ada interview ke ct?

      Padam
  25. Assalamualaikum..

    Result PTD dah keluar, dah semak ke sis?

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. salam AlexaMyra, result dah keluar. Alhamdulillah berjaya. terima kasih semua tips dalam ni. Semoga rakan-rakan lain juga berjaya.
    p/s: siapa ada info bila masuk kursus ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah awak berjaya! dengar citer bulan may nanti kursus start.

      Padam
  28. result check kt mane..klu kt status permohonan spa8i, status tu x relevan sebenarnye..abg ipar ckp, thn lepas dia dpt dukacita dkt status tu, tp bile result sebenar kuar, dia berjaya..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat group fb pun ramai yang cakap result diorg berubah-ubah, hari ni dukacita, esok berjaya pulak. harap result belum muktamad lagi

      Padam
  29. Balasan
    1. takpela cikct, insyaAllah akan diserap jadi ptd tak lama lagi..

      Padam
  30. Assalamualaikum nak tanya..selain prestasi temuduga apa lagi kriteria yang dinilai untuk diserap ke jawatan dalam kerajaan? adakah akademik dan faktor kasihan (sudah tua, menganggur) memainkan peranan juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam, susah nak jawab soalan tu sebab terpulang kepada penemuduga. Tapi markah esei juga diambil kira kerana ada calon yang cemerlang temuduga tapi kena amik exam esei semula sebelum dipertimbangkan sebagai calon ptd.

      Padam
  31. Hi sia myra, apa maksud calon simpanan ye?

    BalasPadam
  32. Hi sia myra, apa maksud calon simpanan ye?

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam