Isnin, 30 Disember 2013

Keputusan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

keputusan dah keluar 26hb Disember 2013, tapi baru hari ni dapat share dengan korang semua.

Ni reaksi masa nak buka laman web SPA (muka berdebar)



 Ni reaksi masa tengok keputusan temuduga (muka terkejut)


 Ni la keputusannya. TIDAK BERJAYA


Ni reaksi selepas tengok result. 




Pada yang berjaya, tahniah diucapkan, pada yang tidak berjaya termasuk saya, cuba lah lagi tahun depan ya. Mungkin belum rezeki anda nak jadi PTD, mana tau lepas ni rezeki jadi blogger plak ke hehehe. Siapa yang berjaya tu meh la share pengalaman korang kat blog ni ok. Mana tau boleh jadi panduan kepada orang lain.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

tiba-tiba hari ni rajin nak update blog. mungkin sebab dah lepas temuduga PTD, so dah rilek sikit. Jadi hari ni nak cerita pasal pengalaman temuduga PTD baru-baru ni.

Perkenalkan diri.
(Panel tanya dalam BM jadi aku jawab pun dalam BM juga lah. Masa ni tak banyak idea nak cakap, cuma cerita pasal dulu belajar mana, ambil bidang apa, sekarang kerja apa, tugas-tugas tambahan di tempat kerja, berasal dari mana, adik beradik berapa)

Penglibatan kokurikulum masa sekolah dan universiti. 
(Dengar citer yang ni pun ada markah tau. Siapa yang tak aktif masa sekolah/universiti memang payah la nak goreng kan, kalo yang aktif sangat tu, cukup la setakat cerita pencapaian tertinggi je, peringkat negeri ke, daerah ke)

Kenapa nak jadi PTD?
Panel tanya soalan ni dalam Bahasa Inggeris. Tergagap juga la hamba menjawabnya sebab prepare jawapan dalam BM.  Oleh kerana jawapan digoreng bila keluar je dari bilik interview terus tak ingat dah aku jawab apa. Sori yer :)

Bidang tugas PTD
Soalan ni pun dalam Bahasa Inggeris. Rujuk nota bidang tugas PTD kat sini. Dalam hati terpikir kenapa la aku tak hafal dalam BI, Slow-slow je aku senaraikan bidang tugas tu  sebab otak tengah ligat translate perkataan.

Government Transformation Programme (GTP)
Soalan ni memang rasa cam nak nanges, sebab aku dah baca pasal GTP, NKRA dan MKRA,  tapi time interview tu cuma boleh jawab secara am je pasal GTP, apa contoh program GTP terus lupa. Aduhaii.. Padahal senang je soalan tu sebenarnya.

Tema Hari Merdeka ke 56
Ni paling rasa nak nanges, lagi beberapa hari nak merdeka tapi tak teringat langsung pasal tema merdeka tahun ni. Puncanya sebab tak bayar Astro jadi tak dapat tengok TV, jadi tak tau pun ape tema merdeka tahun ni (alasan dalam hati). Panel tu gelak je bila aku cakap aku tak ingat langsung tema merdeka tahun ni. Last2 dia yang bagitau apa tema merdeka tahun ni dan mintak aku terangkan apa yang aku faham pasal tema tersebut. Haa time ni memang goreng baik punya! Mengangguk-angguk je panel tu tanda setuju.

Situasi
Soalan situasi ni kira senang la, sebab berdasarkan logik akal je. Soalan pun kelakar, panel tanya katakanlah awak dah plan nak pergi honeymoon, memang dh ada kat airport, tiba-tiba bos panggil datang kerja yang penting sangat-sangat la. Apa yang awak nak buat?
(korang pikir la sendiri jawapannya ye, sape nak tahu skema jawapan dari panel sendiri sila komen kat bawah :)

Sesi menanya soalan
Masa ni panel bagi peluang kita pulak tanya soalan kat dia pasal PTD. Masa ni jangan cakap tak ada soalan, nanti nampak macam korang tak ada rasa ingin tahu pun pasal PTD ni. Kalau yang berkait isu-isu semasa pasal PTD lagi bagus. Plan soalan awal-awal, takpe tanya je, sebab bukan korang yang kena jawab soalan, hehe. Tapi time ni kena hati-hati gak lagi-lagi kalau isu sensitif.

Dah habis!

Nampak sikit je soalan kan, yela setengah jam je. Akak yang interview sebelum aku tu kata datuk dah muka penat, dia tak larat tanya banyak soalan. Dalam hati rasa lega sikit, cuma harap jangan datuk penat nak bagi markah kat saya ye! tiga orang yang sebelum aku pulak cakap teruk dia kena provoke, setiap kali jawab je kena pertikai. nasib baik la kami yang last-last ni tak kena macam tu. tips kat sini, pastikan korang tahu dan faham apa yang korang goreng.

Berdasarkan pemerhatian aku la kan, ada ramai juga yang datang temuduga tak mengambil berat soal penampilan. Bukan la nak kata aku pro sangat pasal hal ni, (lulus temuduga pun belum tentu lagi) tapi itu kan perkara asas nak temuduga kerajaan, lagi-lagi PTD. Masih ada yang pakai sandal raya, pakai blazer dengan seluar (perempuan). Rujuk Etika pakaian temuduga SPA. Seeloknya pakai court shoes dan blazer dengan kain.

Tudung pun tak payah bersilang-silang sangat la, pakai tudung bawal je pun ok. Mekap sket tapi jangan berlebihan. Bawa handbag yang nampak professional.
contoh:

tapi jangan bawak handbag macam kat bawah ni



Tips seterusnya: pastikan korang fotostat semua dokumen yang diperlukan, tak cukup memang tak interview la korang. susun sijil-sijil tu mula dari IC, surat beranak, pencapaian akademik bermula dari yang rendah kepada yang tinggi. contoh: SPM-STPM-Diploma-Ijazah-Master. Sijil kegiatan luar tak payah fotostat, dia nak tengok yang asal je.

Itu je perkongsian pengalaman dan tips dari aku. Harap-harap berguna untuk korang. Ada orang cakap temuduga ni nak tengok kemahiran komunikasi kita je, kemahiran berhujah, kemahiran Bahasa Inggeris, jadi sama-sama lah kita pertingkatkan skill kita ye. Kalo ada rezeki InsyaAllah dapat, kalo tak ada rezeki kena la cuba lagi tahun depan nampaknya. Doakan aku berjaya ye.

Nak tahu pengalaman temuduga saya yang ke 2014? Klik sini








Khamis, 20 Jun 2013

Lapan Bidang Tugas PTD


Sempena demam nak temuduga PTD ni, jadi mari kita ulangkaji apa soalan-soalan yang mungkin ditanya penemuduga. Rasanya ni soalan wajib kut, takkan nak jadi PTD tapi tak tahu bidang tugas kan. Ada 8 bidang tugas PTD iaitu:


1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Oleh kerana hari temuduga tu saya ditanya soalan ni dalam Bahasa Inggeris, jadi elok translate siap-siap.

1. Human Resource Management and Organizational Development
2. Financial Management
3. National Security and Defence
4. Information Technology Management
5. Planning and Social Administration / Infrastructure
6. Administration and Regional Development / Municipal / Land / County / Local
7. Economics Management
8. International Relations and Foreign Affairs

p/s: hafal jangan tak hafal..











Khamis, 30 Mei 2013

Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia (Badan Eksekutif Pentadbiran)

Teori Pengasingan Kuasa oleh Montesqiue: dalam sesebuah negara, pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.

Di Amerika, teori pengasingan kuasa dijalankan sepenuhnya kerana perlembagaan negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-undang (Kongres) tidak boleh menjalankan pemerintahan dan tidak mempunyai kuasa kehakiman.

Di Malaysia, terdapat tiga bentuk pemerintahan utama iaitu:

MAJLIS RAJA-RAJA
Badan Eksekutif (Pentadbiran) - hal ehwal pentadbiran negara
Badan Legislatif (Perundangan) - membentuk rang undang-undang
Badan Judisiari (Kehakiman) - menjalankan kuasa keadilan

Namun sistem pengasingan kuasa ini sukar dijalankan secara menyeluruh kerana setiap badan tersebut berkait antara satu sama lain. Cth: Badan pemerintahan turut menggubal undang-undang. Perdana Menteri memberi nasihat kepada YDP Agong mengenai perlantikan Hakim setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara.

MAJLIS RAJA-RAJA
-dianggotai 9 sultan dan 4 gabenor atau Yang Dipertua Negeri
- bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
- bersetuju / enggan bersetuju kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
cth jawatan: Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar, Hakim Mahkamah Agung, dua Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
- memilih atau memecat YDP Agong dan Timbalan YDPA.
- Persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.
- memikirkan polisi dan pembangunan negara.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui :
   apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
   apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung Malaysia.

 BADAN EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)

-dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan Negeri dan juga Tempatan.

 Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
-Kabinet: menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
-Terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri - menteri Kabinet

Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
- Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri : berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- memperkenankan perlantikan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat    Menteri Besar/Ketua Menteri.

- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) : Raja/Sultan/YDP Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri/Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- tidak kurang daripada 4 orang ahli dari kalangan DUN.
-berperanan hampir sama seperti kabinet di peringkat persekutuan.  

- Dewan Undangan Negeri
selain ahli DUN yang menang pilihanraya dilantik ke dalam EXCO, terdapat 3 orang anggota perkhidmatan awam negeri turut menjadi anggota EXCO iaitu:
i. Setiausaha Kerajaan Negeri
ii. Penasihat Undang-Undang
iii. Pegawai Kewangan Negeri






















Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2013



lama betul tak menjenguk blog nie.. dah bersawang-sawang... hari ni nak upload result exam PTD, sebenarnya dh lama dah check result tapi baru hari ni teringat nk upload.. gembira gak la rupa2 nya lepas gak exam PTD nih walaupun part yang pengetahuan am tu mcm ragu-ragu je jawab.

so lepas tu pergi lah check assessment (PAC) utk PTD.. tapi yang peliknya kenapa keluar macam ni? ada sesapa boleh jawab?





dia tulis kat situ

Calon yang telah lulus/ dikecualikan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan jawatan ini akan dijadualkan ke peringkat temu duga.

adakah ini bermakna sesapa yang dah lulus PAC sebelum ni cuma tak lulus temuduga akan dijadualkan semula? erm agak konfius kat sini. takpe esok akan cuba kol SPA untuk sahkan. ternanti-nanti bila gaknya PAC PTD ni. dah kena start jogging dari sekarang.. :)






Selasa, 16 April 2013

Jenis - Jenis Mahkamah dan Peranannya di Malaysia

Aku rasa ni soalan favourite kalo korang pergi exam kerja kerajaan. Tak kisahlah untuk jawatan apa pun, mesti ada punya... tapi setiap kali keluar soalan ni mesti aku fail jawab, huhu..

Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu:
1. Mahkamah Persekutuan
2. Mahkamah Negeri

Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah, Mahkamah Khas
Mahkamah Negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Atasan
- Mahkamah Agung (juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan). Mahkamah TERTINGGI di Malaysia. Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

- Mahkamah Rayuan. Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja, kes sivil juga boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000.

- Mahkamah Tinggi. Membicarakan kes sivil dan jenayah dan apa sahaja kesalahan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil - Melibatkan kes penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Kes jenayah - mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai denda melebihi RM25.


 Mahkamah Rendah

- Mahkamah Sesyen. Mahkamah TERTINGGI  dalam komponen Mahkamah Rendah. Kes Jenayah - apa sahaja kesalahan kecuali menjatuhkan hukuman mati. Kes Sivil - melibatkan nilai tidak melebihi RM250,000.  Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di mahkamah Tinggi.

- Mahkamah Juvana. Kes jenayah untuk mereka yang berumur 10 - 18 tahun. Perbicaraan secara tertutup.

- Mahkamah Majistret Kelas 1. Membincangkan kes jenayah dan sivil. Hukuman maksimum 5 tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.

-Mahkamah Majistret Kelas II. Kes jenayah - hukuman maksimum 12 bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Kes sivil - tuntutan tidak melebihi RM3,000.

- Mahkamah Tuntutan Kecil - Kes sivil tidak melebihi RM3,000.

- Mahkamah Penghulu - Mahkamah TERENDAH dalam komponen Mahkamah RENDAH. Kes sivil tidak lebih RM50. Kes jenayah denda RM25 sahaja. Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.

Mahkamah Khas

-Mahkamah Tentera - Kes tingkah laku anggota tentera. Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah. Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang perlukan pengesahan YDP Agong.

-Mahkamah Khas Raja-Raja. Membicarakan kesalahan YDP Agong dan Sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan. Tindakan dikenakan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.


MAHKAMAH NEGERI

Mahkamah Syariah

- Terdiri daripada Mahkamah Syariah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah. Untuk mengadili umat ISLAM sahaja ye. Kes sivil dan jenayah. Kesalahan besar kat Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil kat Mahkamah Rendah Syariah. Kes rayuan kat Mahkamah Syariah Rayuan.

Mahkamah Adat

Kes pelanggaran adat oleh suku kaum di Sabah dan Sarawak.


haa camne? sangat berinformasi tak? sebenarnya ada banyak lagi pasal mahkamah ni, tapi dah rasa cam nak muntah darah menghafalnya. So kita ambil yang basic je ok, korang nak jadi PTD je kan, bukan Peguam Negara, hik2. Apa yang penting ialah hafal jenisjenis mahkamah, mana yang tinggi mana yang rendah dan apa fungsi utamanya. Ok babai.