Klinik 1 Malaysia
Klinik 1 Malaysia ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Flat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010.
Terdapat 50 buah klinik seluruh negara (lebih kurang 3 atau 4 buah setiap negeri).
Klinik ini dikendalikan oleh pembantu hospital dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Warganegara Malaysia dikenakan RM1 manakala bukan warganegara dikenakan RM15.
Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selesema dan penyakit ringan yang lain.
Menyediakan rawatan susulan penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma.
Melakukan prosedur rawatan ringan seperti cuci luka dan buka jahitan.
Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi.
Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.
Klinik Kesihatan
Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Menyediakan saringan untuk mengesan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi.
Menyediakan kaunseling pemakanan dan berhenti merokok.
Pendidikan makanan dan kesihatan.
Perancang keluarga.
Kesihatan warga tua, mental dan remaja
Kesihatan ibu mengandung, pranatal, selepas bersalin.
Imunisasi dan pemantauan perkembangan kanak-kanak.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Jadi kesimpulannya, perbezaan besar antara dua jenis klinik ini ialah perkhidmatan yang diberikan. Klinik 1 Malaysia ini cuma fokus pada rawatan ringan sahaja dan boleh dikendalikan oleh pembantu hospital. Kes yang lebih berat akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital. Klinik 1 Malaysia juga dibuka sampai malam, jadi senang sikit lepas kerja boleh terus pergi.
Jumaat, 5 Disember 2014
Perbezaan antara Klinik 1 Malaysia dengan Klinik Kesihatan
By AlexaMyra at 12:35 PG
Klinik 1 Malaysia, klinik kesihatan, nak jadi ptd, pegawai tadbir diplomatik, perbezaan klinik 1 Malaysia, rawatan ringan, RM1, soalan temuduga
1 comment
Related Posts:
Perbezaan antara Klinik 1 Malaysia dengan Klinik KesihatanKlinik 1 Malaysia Klinik 1 Malaysia ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Flat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Terdapat 50 buah klinik seluruh negara (lebih kurang 3 ata… Read More
Anda boleh melayari https://www.lookp.com/malaysia/general-clinic untuk mendapatkan maklumat dan ulasan mengenai klinik di seluruh Malaysia.
BalasPadam