Jumaat, 12 Disember 2014

Akta Hasutan 1948

Akta Hasutan 1948

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak  mengumumkan pemansuhan akta hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.
Antara tujuan akta hasutan ini adalah untuk melindungi perpaduan negara dan keharmonian dalam beragama serta menagani masalah masyarakat majmuk di negara ini.
Akta ini juga membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.
Akta ini pada mulanya diperkenalkan oleh British sewaktu penjajahan mereka di Tanah Melayu, bukan digubal oleh parlimen negara, tetapi kini ia jadi sebahagian daripada undang-undang negara dan terbaru ianya dimansuhkan.
Kecenderungan menghasut ialah kecenderungan membangkitkan perasaan benci atau tidak suka terhadap mana-mana raja / kerajaan / kaum / penduduk / menyoal peruntukan tertentu didalam perlembagaan persekutuan.

Akta Keharmonian Nasional

Akta ini lebih memberi penekanan kepada memupuk semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Akta ini juga dikatakan mempunyai dasar yang lebih longgar yang memberi ruang kepada rakyat mengkritik dan menyatakan ketidakpuashatian dengan syarat ianya tidak membawa niat jahat dan menghasut.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) ialah pergerakan yang diterajui oleh SUARAM, Lawyers for Liberty, Amnesty International Malaysia, IKRAM yang menganjurkan kempen kebangsaan untuk menamatkan ancaman ke atas kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan akhbar melalui Akta Hasutan.

Tiga tuntutan GHAH:
Memansuhkan Akta Hasutan 1948
Gugurkan semua pendakwaan sedia ada dan bebaskan semua yang dihukum di bawah akta tersebut.
Tidak ada akta gantian dengan peruntukan yang sama zalim.

Sumber:
SUARAM
pmr.penerangan



Related Posts:

  • Akta Hasutan 1948Akta Hasutan 1948 Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak  mengumumkan pemansuhan akta hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Antara tujuan akta hasutan ini adalah untuk melindun… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan