Rabu, 15 Oktober 2014
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2014
Exam online dah nak dekat!
Tarikh 1 Nov 2014, bermula pukul 8 malam.
Tapi sedih gak, sebab tahun lepas dah interview, tahun ni kena exam balik ke? bukan ke SPA kata interview valid untuk 5 tahun? Tapi tak apa, sebab dah ada pengalaman jawab exam online Penguasa Kastam baru-baru ni, jadi tak lah risau sangat. Yang buat saya risau, server SPA tu dah ok belum? Sebab ramai sangat yang komplen server down masa exam. Patutnya exam pukul 8 pagi tapi pukul 3 petang baru dapat jawab. Kononnya buat exam ulangan tapi sama jugak, server down lagi. Jadi harap sangat SPA buat sesuatu untuk atasi masalah ni.
Alhamdulillah exam online hari tu saya lulus. Harap-harap exam PTD kali ni lulus jugak. Kena mula study dari sekarang, lagi-lagi pengetahuan am, isu semasa.
Bagi yang first time nak menjawab soalan exam, nombor pada pautan tu ialah nombor server anda, jadi turutan soalan setiap server tak sama,
Bagi yang rajin berfacebook tu, apa kata join group Calon Pegawai Tadbir Diplomatik 2014. Kat situ banyak info dan pertolongan rakan-rakan lain.
Klik bawah:
Calon Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
Related Posts:
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2014 Exam online dah nak dekat! Tarikh 1 Nov 2014, bermula pukul 8 malam. Tapi sedih gak, sebab tahun lepas dah interview, tahun ni kena exam balik ke? bukan ke SPA kata interview valid untuk 5 tahun? Tapi tak apa, sebab dah a… Read More
Lapan Bidang Tugas PTD Sempena demam nak temuduga PTD ni, jadi mari kita ulangkaji apa soalan-soalan yang mungkin ditanya penemuduga. Rasanya ni soalan wajib kut, takkan nak jadi PTD tapi tak tahu bidang tugas kan. Ada 8 bidang tugas PTD iaitu: … Read More
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (dikecualikan) Tiba-tiba tergerak hati nak check SPA website semula. Rupa-rupanya dapat PENGECUALIAN! alhamdulillah... Ada info dari individu yang baru balik dari kursus PTD kat putrajaya yang dikongsikan.. Antaranya: 200 calon lanti… Read More
Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2014Baru je balik dari temuduga ni, punya lah pantas terus update post ye! yelah kalau tunggu lama-lama nanti saya lupa la apa yang panel tanya.. Temuduga saya cuma 15 minit je, Calon sebelum saya pun sama jugak 15 minit. Kali n… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan