Undang-undang ada 2 bentuk:
1) Undang-undang awam
a) Perlembagaan
-struktur kerajaan / hak asasi rakyat dan individu di bawah pemerintahan
b) Pentadbiran
- penggunaan kuasa badan eksekutif dan pentadbiran kerajaan
c) Jenayah
- pelbagai jenis kesalahan jenayah yang dilakukan rakyat
2) Undang-undang persendirian (sivil)
a) Kontrak
- hak dan tanggungjawab yang wujud akibat perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
b) Tort
- pemberian pampasan disebabkan kecuaian atau pelanggaran hak peribadi sehingga menyebabkan kecederaan peribadi atau kerosakan harta benda seseorang individu oleh individu yang lain.
c) Amanah
- hak dan tanggungjawab pemegang amanah dengan waris
d) Tanah
- urusan pentadbiran tanah, cagaran, sekatan, sewaan dsb.
e) Keluarga
- perkahwinan, penceraian, hak dan tanggungjawab ke atas harta dan anak-anak
f) Syarikat
- berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat, hak dan tanggungjawab syarikat dan pemegang saham dsb.
g) Perkongsian
- hak dan tanggungjawab perkongsian, penubuhan dan pembubaran perkongsian
h) Ejensi
- hak dan tanggungjawab prinsipal dan ejen
Undang-undang awam
- melibatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat
- pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau
pegawai pendakwa dari pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalankan prosiding jenayah atau pendakwaan ke atas individu yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang persendirian (sivil)
- melibatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat
- perbicaraan di antara dua pihak tersebut
- selalunya kedua-dua pihak diwakili peguam masing-masing
- tindakan undang-undang ini dipanggil prosiding sivil
Terma yang selalu digunakan
plaintif: pihak yang mendakwa
defendan: pihak yang didakwa
bagi kes rayuan
appellant:pihak membuat rayuan
responden: pihak yang bertentangan
Ahad, 7 September 2014
Perbezaan antara undang-undang awam dan undang-undang persendirian (sivil)
By AlexaMyra at 8:10 PG
appellant, defendan, Perbezaan antara undang-undang awam dan undang-undang persendirian (sivil), plaintif, responden
No comments
Related Posts:
Perbezaan antara undang-undang awam dan undang-undang persendirian (sivil)Undang-undang ada 2 bentuk: 1) Undang-undang awam a) Perlembagaan -struktur kerajaan / hak asasi rakyat dan individu di bawah pemerintahan b) Pentadbiran … Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan