Teori Pengasingan Kuasa oleh Montesqiue: dalam sesebuah negara, pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
Di Amerika, teori pengasingan kuasa dijalankan sepenuhnya kerana perlembagaan negara itu jelas mengatakan badan penggubal undang-undang (Kongres) tidak boleh menjalankan pemerintahan dan tidak mempunyai kuasa kehakiman.
Di Malaysia, terdapat tiga bentuk pemerintahan utama iaitu:
MAJLIS RAJA-RAJA
Badan Eksekutif (Pentadbiran) - hal ehwal pentadbiran negara
Badan Legislatif (Perundangan) - membentuk rang undang-undang
Badan Judisiari (Kehakiman) - menjalankan kuasa keadilan
Namun sistem pengasingan kuasa ini sukar dijalankan secara menyeluruh kerana setiap badan tersebut berkait antara satu sama lain. Cth: Badan pemerintahan turut menggubal undang-undang. Perdana Menteri memberi nasihat kepada YDP Agong mengenai perlantikan Hakim setelah berbincang dengan Ketua Hakim Negara.
MAJLIS RAJA-RAJA
-dianggotai 9 sultan dan 4 gabenor atau Yang Dipertua Negeri
- bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
- bersetuju / enggan bersetuju kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
cth jawatan: Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar, Hakim Mahkamah Agung, dua Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
- memilih atau memecat YDP Agong dan Timbalan YDPA.
- Persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.
- memikirkan polisi dan pembangunan negara.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui :
apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung Malaysia.
BADAN EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)
-dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan Negeri dan juga Tempatan.
Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
-Kabinet: menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
-Terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri - menteri Kabinet
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
- Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri : berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- memperkenankan perlantikan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) : Raja/Sultan/YDP Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri/Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- tidak kurang daripada 4 orang ahli dari kalangan DUN.
-berperanan hampir sama seperti kabinet di peringkat persekutuan.
- Dewan Undangan Negeri
selain ahli DUN yang menang pilihanraya dilantik ke dalam EXCO, terdapat 3 orang anggota perkhidmatan awam negeri turut menjadi anggota EXCO iaitu:
i. Setiausaha Kerajaan Negeri
ii. Penasihat Undang-Undang
iii. Pegawai Kewangan Negeri
Khamis, 30 Mei 2013
Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia (Badan Eksekutif Pentadbiran)
By AlexaMyra at 11:33 PTG
No comments
Related Posts:
Jenis - Jenis Mahkamah dan Peranannya di MalaysiaAku rasa ni soalan favourite kalo korang pergi exam kerja kerajaan. Tak kisahlah untuk jawatan apa pun, mesti ada punya... tapi setiap kali keluar soalan ni mesti aku fail jawab, huhu.. Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada… Read More
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2014 Exam online dah nak dekat! Tarikh 1 Nov 2014, bermula pukul 8 malam. Tapi sedih gak, sebab tahun lepas dah interview, tahun ni kena exam balik ke? bukan ke SPA kata interview valid untuk 5 tahun? Tapi tak apa, sebab dah a… Read More
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (dikecualikan) Tiba-tiba tergerak hati nak check SPA website semula. Rupa-rupanya dapat PENGECUALIAN! alhamdulillah... Ada info dari individu yang baru balik dari kursus PTD kat putrajaya yang dikongsikan.. Antaranya: 200 calon lanti… Read More
Perbezaan antara Klinik 1 Malaysia dengan Klinik KesihatanKlinik 1 Malaysia Klinik 1 Malaysia ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Flat Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Terdapat 50 buah klinik seluruh negara (lebih kurang 3 ata… Read More
Akta Hasutan 1948Akta Hasutan 1948 Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Antara tujuan akta hasutan ini adalah untuk melindun… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan